Sunday, August 22, 2010

Aktivis protes k'jaan tutup mulut media

Para aktivis yang memprotes apa yang mereka dakwa kawalan kuku besi yang berlarutan oleh kerajaan ke atas media, berkumpul di kompleks mebeli-belah Suria KLCC di ibunegara untuk menyuarakan rasa tidak puashati mereka.

Kira-kira 11 orang menyertai protes tersebut. ini merupakan kali ketika protes menuntut kebebasan media diadakan - kali ini mereka membantah tindakan 'menutup mulut' tiga DJ popular stesen radio bahasa Cina 98.8FM.

Pada jam 2.45 petang, kira-kira 11 aktivis berkumpul di depan sebuah kedua buku popular, dengan berpakaian warna hitam serta memakai penutup mulut.

Penutup mulut itu ditulis "1 Muted Malaysia", iaitu tema protes mereka hari ini,

Pensyarah yang juga aktivis kebebasan akhbar, Wong Chin Huat berkata penutup mulut itu sebagai lambang tindakan kerajaan menutup mulut rakyat dan media, daripada menyuarakan kebenaran dan mempersoalkan amalan kerajaan yang meragukan.

Wong dan rakan-rakannya menjadi tumpuan jurugambar dan wartawan yang telah menunggu mereka di situ sejak awal lagi, selepas berita mengenai perhimpunan hari ini disebarkan melalui SMS dan emel sejak malam tadi.

No comments:

Post a Comment