Sunday, August 22, 2010

3 juta rakyat Malaysia sakit mental, bunuh dir

Hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental. Semalam negara dikejutkan dengan pembunuhan kejam isteri oleh suami di Perak. Hari ini pula kes suami menyimbah asid kepada isteri, dua anaknya dan mertua. Dan satu kes lagi di Kuala Lumpur , suami disyakki menjerut mati isteri dan melarikan berusia 6 bulan. Ini baru yang dilaporkan, entah berapa banyak lagi tidak dilaporkan.

Kes pembunuhan kejam dan menyedihkan 4 sekeluarga di Gemencheh , Negeri Sembilan masih dalam proses perbicaraan.

Saya telah menulis sebelum ini betapa kritikalnya penyakit mental di Malaysia ini, tapi tidak banyak pihak yang ambil peduli pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Kita mempunyai 3 juta rakyat di Malaysia ini seperti bom jangka atau seperti mereka yang dipasang bom pada badan mereka menunggu mangsa untuk diletupkan bersama.

Kajian pakar tahun 2007 menyatakan gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun akan datang di Malaysia ini.

Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi

Dalam negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.

APAKAH KITA SUDAH MERDEKA DARI GEJALA MASALAH MENTAL ?
APAKAH KITA SUDAH MERDEKA DARI GEJALA BUNUH DIRI ?
APAKAH KITA SUDAH MERDEKA DARI GEJALA SOSIAL , BUANG BAYI , BERZINA , BERJUDI DAN SEBAGAINYA ?

No comments:

Post a Comment